Isnin, 9 Mac 2009

Musim Buah Datang Lagi

Di kampung sekarang musim buah dah bermula, rasa nak bercuti dan balik kampung sekarang jugak. Tapi apakan daya banyak perkara yang perlu dilaksanakan masakini. Tugas dan urusan keluarga yang perlu dilaksanakan.
Rindu suasana mengutip durian selepas subuh, memanjat manggis, langsat dan rambai untuk dijual. Mencari buah rambutan masam untuk buat jem.
Rasanya nak balik sekarang ..... ahhhhhh

Rabu, 21 Januari 2009

Burung Kecil

Kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untukmemadamkan api besar yang membakar Nabi AllahIbrahim as. sentiasa menjadi inspirasi saya. Burungkecil yang berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas apibesar menjadi bahan ketawa haiwan2 lain yang melihatperbuatannya yang sia-sia itu.
Namun kata burung, " Walaupun sumbangan ku kecil, aku
mesti melakukan juga kerana aku tidak punya alasansekiranya ditanya Allah, apa yang telah aku lakukan untuk membantuIbrahim apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh Namrud yang kejam."

Jadi buatlah sesuatu kebaikan walaupun kecil daripada sentiasa menyalahkan orang lain